Bengkung - Penampilan lebih anggun
Penyelaras Rahana MD
WALAUPUN cuti persekolahan telah berakhir namun masih ada yang memilih cuti hujung minggu sebagai melakar hari penuh bersejarah dalam seumur hidup. Upacara malam ber-inai menjadi salah satu adat sebagai persediaan si gadis bersanding dengan pasangan ke-esokan harinya.
Mengenakan pakaian yang diperbuat daripada cam-puran satin dan lace, penampilan begitu anggun dan ter-serlah. Hiasan layah berlapis dan mahkota bertahta deli-ma menambah keayuan raja sehari.
Penampilan pasti bertambah hebat andai si pengantin memilih pakaian yang serasi dengan bentuk tubuh. Na-mun tidak semua dikurniakan bentuk idaman. Lantaran itu Hai-O Marketing memperkenalkan Beautiful Hai-O iaitu set pakaian dalam yang terdiri daripada coli pan-jang, bengkung dan seluar pendek.
Menurut jurucakapnya, ilham mencipta pakaian dalam ini untuk menyerlah pembentukan kontur badan yang menarik dan seimbang.
Beautiful diperbuat daripada 32 lapisan fabrik Akwa-tek dan Akwadye yang bersebati dengan air, di samping disulam tenun dengan bahan yang mengeluarkan gelom-bang infra merah jauh (infrared Ray) hasil gabungan ke-pakaran teknologi Jepun dan Jerman.
Hasilnya lebihan haba yang dikeluarkan akan me-ngembangkan salur darah dan melancarkan perja-lanannya. Manakala penghantaran nutrien ke seluruh badan dan pengeluaran bahan buangan daripada selsel tubuh lebih effisen.
Apa yang istimewa, set pakaian dalam ini diiktiraf oleh Persatuan Pakar Tulang Belakang di Amerika Syarikat dan Kanada.
Original Sources Utusan Malaysia Online