Tips Kejayaan CDM
Pada rakan kongsi sekalian untuk berjaya 5K sahaja yang perlu kita amalkan.
1. Keyakinan -
Yakin pada produk, pelan pemasaran dan yang paling penting sekali kita perlu yakin dengan diri sendiri kerana semakin tinggi keyakinan kita semakin hampir kita dengan kejayaan. Setiap orang mempunyai potensi dan kelebihan yang tersendiri yang tiada pada orang lain. Sentiasa berfikiran positif kerana kita akan menjadi seperti yang kita fikirkan. Sebenarnya, diri kita adalah musuh yang tidak nampak yang perlu kita tewaskan.
2. Keberanian -
Macam mana nak lahirkan keberanian tetapkan matlamat dengan jelas. Matlamat yang jelas menjadikan kita berani bertindak. Matlamat yang jelas disertakan keyakinan yang tinggi akan membawa kaedah yang ditujui.
3. Komitmen - Komitmen pada bisnes dan rakan kongsi. Kesungguhan dalam menjalankan perniagaan dengan menghadiri majlis ilmu. Hanya ilmu yang membezakan seseorang. Kejayaan kita bergantung kepada berapa banyak pengorbanan yang telah kita lakukan.
4. Konsisten - Cabaran dan rintangan adalah asam garam dalam menjalani perniagaan. Ini kerana ia adalah guru yang paling berharga dan bukan penamat segalanya. Hujan di waktu pagi tidak semestinya hujan sepanjang hari. Walau apa pun yang berlaku, perjuangan perlu diteruskan. Apabila ada cabaran baru, akan wujudnya tekanan dan apabila adanya tekanan kita akan lakukan tindakan. Apabila banyak tindakan yang dilakukan, kita mesti berjaya.
5. Kreatif - Kreatif dari segi masa dan rangkaian.
Lebih baik melalui detik penuh getir yang singkat daripada menghadapi keperitan sepanjang hayat.
HAI-O my choice for LIFE.
2 comments:
thanks c u at here
linkbee.com/5FN8
linkbee.com/michle
linkbee.com/freemovies
visit us ..........
Salam Abg Azmi,
Boleh tak saya nak ambil sikit2 informasi dari blog yang sangat informatif ini. Saya dari team 369 Kampar di bawah bimbingan abang Rosidi. Ini blog kami:
http://369-kampar.blogspot.com/
Untuk makluman, blog tuan telah menjadi bahan rujukan utama dari team kami.
Salam Perjuangan dari saya.
Post a Comment